Tuesday 31 May 2011

:. Ujian Itu .:

Bismillahirrahmanirrahim~

Dalam sujud menghadapMu Illahi
Ku serahkan seluruh jiwa dan ragaku
Memohon keampunan dariMu
Sungguh,aku malu padaMu Ya Allah
Terlalu banyak nikmat Mu yang tidak ku syukuri
Namun,tidak sedikit pun Engkau tarik dari ku
Ya Allah
Biarkanlah air mata ini menjadi saksi
Pengabdianku padaMu Ya Illahi
Ampunkan hambaMu ini~


Ku akui,bukan mudah bernafas dalam jiwa seorang hamba kerana aku juga manusia biasa. Kadang-kadang terasa letih untuk menghadapi realiti-realiti kehidupan yang penuh ranjau dan duri. Terasa juga ingin lari dari menghadapi kehidupan yang tidak diingini. Namun,lari dari semua itu bukanlah penyelesaian terbaik dalam menghadapi kehidupan. Seringkali aku memohon agar Allah memberikan aku kekuatan dalam melayari kehidupan,namun,makin banyak ujian yang Allah berikan. Aku sedih,menangis,rasa tidak mampu berdepan dengan ujian-ujian itu. Tapi sebenarnya aku tidak sedar,ujian-ujian itulah yang membuatkan aku kuat,lebih matang dalam mengatur kehidupan. Iye,ujian Allah itu berseni,sangat berseni. Dalam ujian itu terselit hikmah yang sukar untuk kita nampak,jika tiada sabar dalam mencari hikmah dari ujian Allah.


"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga , sedangkan belum datang kepada kamu (ujian) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa kepapaan dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan ancaman musuh), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman yang bersamanya berkata : "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? " ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). "
[Al-Baqarah : 214]

Ujian-ujian itu adalah cara Allah mentarbiyah hamba-hambaNya. Tidaklah Allah memberikan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hamba-hambaNya. Allah memberikan ujian kerana Allah ingin ketuk pintu hati kita yang mungkin sedang lalai daripada mengingatiNya. Sebenarnya Allah rindu untuk mendengar rintihan hambaNya,rindu melihat air mata yang hanya berharap padaNya. Oleh itu,sabar adalah kunci utama dalam menghadapi ujian Allah. Sedangkan Allah mampu bersabar dengan ramai hambaNya yang tidak taat pada perintahNya,apa lagi kita,seorang hamba yang sentiasa bergantung harap padaNya. Iye,kadang-kadang bibir mudah saja mengucap sabar,tapi hati tidaklah sesabar bibir yang mengucapkan. Tapi sekurang-kurangnya kita perlulah berusaha agar sentiasa bersabar dengan ketentuan Allah. Moga Allah menilai setiap usaha kita.. Wallahua'lam~


ombak yang menderu,dedaun berterbangan
terkadang menghayalkan diriku
terlupa aku pada pencipta yang Esa
yang sentiasa melihat diriku
dimana,dimanaku berada?
dimana,dimanakah diriku?
adakah dijalan lurus atau di jalan berliku
oh,Tuhan tunjukkan ku jalan kebenaran
ku tahu jalan bahgia penuh onak juga cabaran
oh tuhan,beri kekuatan padaku

demi mendapat keredhaan dariMu
sanggup ku tempuhi ranjau yang penuh berliku
dengan rahmat Mu Ya Tuhan
selamatkanlah diriku dari seksaan api nerakaMU..
ampunilah aku Ya Allah~


~aku yang mengharap keampunanMU~



Saturday 21 May 2011

.: bicaRa hati :.




Di dalam kegelapan hidup ini,
Seorang insan mencari cahaya kehidupan,
Ke manakah perginya sinar yang kudus,
Di mana ? di manakah ia..?

 Tiba -tiba datang seorang insan,
 Bagaikan lilin menerangi jiwa,
 Perjalanan tiada erti kembali penuh harapan...

 Ya Allah ya Tuhanku.,
 aku mohon keampunan keatasMu,
     Moga terampun dosaku..


salam muhasabah..

c0retan kali ini hanyalah perihal diriku yang terapai-kapai dibuai dek arus duniawi yang kulalui.Memang tidak dapat kunafikan bukan mudah untukku bernafas dalam jiwa hamba yang taat pada Sang Penciptanya.Ujian adalah sunnah Allah yang pasti akan berlaku! Ia merupakan tanda cintanya Allah kepada orang yang diuji. Ujian Allah itu berseni dan ia hadir dalam pelbagai bentuk seperti musibah mahupun muhibbah. .Para daie mestilah memahami dengan baik jalan dakwah supaya dia tidak tercengang  atau merasa ragu-ragu apabila berhadapan dengan cubaan dan sebarang ujian. Ya Rabb.,peliharahalah diriku dan lindungilah diriku dari sempadan murkaMu~amin...

Firman Allah :

Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
[Al Baqarah : 286]



Dalil :
 Luqman telah berkata kepada anaknya ; "Wahai anakku, dirikanlah s0lat dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perkara mungkar, dan berabarlah atas segala bala' bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki mengambil berat melakukannya." [Luqman : 17]

Firman Allah :
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga , sedangkan belum datang kepada kamu (ujian) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka ditiompa kepapaan dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan ancaman musuh), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman yang bersamanya berkata : "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? " ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). "
[Al-Baqarah : 214]

Akhir kalam.,kupetik pesanan dari sahabatku, "Bukan mudah untuk melakukan ketaatan kerana ia sesuatu yang tidak disenangi oleh hawa nafsu yang ada di dalam diri kita sendiri. Usaha melakukan ketaatan samalah seperti "berperang" dengan diri sendiri.Namun,bagi orang yang sabar ia melihat bahawa ketaatan itu umpama ubat,pahit tetapi itulah yang akan menyembuhkan.Walau betapa pahitnya mujahadah,sanggup ditempuh jua kerana tiada lain yang didambakan daripada mengecapi rahmat Allah yang terbesar iaitu manisnya syurga...Diharapkan bingkisan ini dapat menjadi azimat sebagai kekuatan untukku terus berjuang memburu redhaMu kerana aku tidak mahu digelar sebagai pembawa fitnah kepada agamaku..Na'uzubillahminzalik~

"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya,jika kamu orang beriman" [Ali Imran : 139]

waSsalam~

rujukan :
Ringkasan daripada Iman dan Harakah - Hisyam Soqr (Terjemahan Ustaz Mohd Asri Hashim)

Monday 16 May 2011

:. Aku aDa UntuKmU .:


saat kau gelap
akan kubukakan cahaya
saat kau tenggelam
aku adalah pelampungmu
kerana keimanan itu
adalah dasar hubungan kita
maka aku tidak peduli apa-apa
melainkan memenuhi
tanggungjawabku kepadaNya....


Bingkisan ini ku tujukan buat diriku dan juga teman-teman,yang insyaAllah sentiasa dalam rahmat dan petunjuk Allah. Tiadalah yang lebih menggembirakan daripada melihat manusia disekeliling hidup dalam ketaatan kepada Allah S.W.T.. Tiadalah yang lebih merisaukan daripada melihat manusia disekeliling hidup dalam keingkaran kepada Allah S.W.T.. Sememangya itulah perasaan orang beriman dan bertakwa kepada Allah.

Temanku,bersyukurlah andai hati-hati kita ini telah diketuk oleh hidayah Allah. Itu tandanya Allah masih inginkan kebaikan bagi kita. Jangan pula kita kembali semula kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan kita,kerana itulah merupakan kerugian yang paling besar dalam hidup seorang hamba. Mohonlah kekuatan daripada Allah agar kita terus istiqamah di jalan ketaatan kepadaNya. Biarlah perubahan kepada kebaikan itu berlaku sedikit demi sedikit tetapi istiqamah,daripada kita melakukan perubahan itu secara drastik tetapi hanya sementara sahaja. Ingatlah,Allah pasti membantu mereka yang benar-benar inginkan kebaikan.

Temanku,keseronokkan dunia itu hanyalah sementara. Itu semua ujian Allah untuk menguji kekuatan iman kita. Tidak salah untuk kita merasai keseronokan dunia,tetapi jangan sampai melampaui batas-batasnya. Fikirlah sebelum melakukan sesuatu,agar perbuatan itu tidak meninggalkan fitnah dikemudian hari.Timbanglah sesuatu dengan neraca Allah,bukan neraca dunia. Andai telah ada langkah yang tersasar,kembalilah semula kepada Allah. Bangkitlah menjadi sebaik-baik pendosa,yang berulang kali  bertaubat kepadaNya. Tiadalah Dia mengira natijah daripadamu,yang Dia inginkan hanyalah usaha. Usaha penuh kesungguhan, dalam penyesalan yang ditolak oleh keimanan. Sesungguhnya Allah menerima taubat hamba-hambaNya. Percayalah, menikmati cinta Allah itu lebih indah daripada segalannya.

Temanku,peringatan ini adalah untuk kita bersama, kerana aku ingin bersama-samamu dalam menuju redha Allah. Tidaklah ada daya ku untuk mengharungi jalan ini berseorangan,kerana itu aku perlukanmu dan kau juga perlukan ku. Teman,andai ada langkahku yang tersasar dari landasan agama, peringatkanlah aku dengan amaran-amaran Allah agar aku tidak terus terpedaya dengan indahnya hasutan syaitan. Pimpinlah tanganku dalam meniti hari,semoga kita bersama memperoleh kekuatan dalam melakukan kebaikan hanya untuk mencari redha Illahi.


"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya,jika kamu orang beriman"
(Ali Imran : 139)


Akhir kalam,doaku sentiasa mengiringi teman-teman yang sentiasa inginkan kebaikan buat diri sendiri dan orang lain agar sama-sama memperoleh redha Allah S.W.T..Moga syurga menanti kita di alam sana,amin... wassalam~


Sunday 1 May 2011

:. Sabarlah Dalam Berjuang .:


     Bismillahirrahmanirrahim...

"Ya Allah,Tuhan yang membolak-balikkan hati,tetapkanlah hati 
kami pada agama dan ketaatan kepadaMU-aminnn~"


Alhamdulillah,bersyukurlah kita seandainya hati-hati kita telah
terpilih untuk sentiasa bertaut pada Allah.Dan janganlah sesekali
kita menolak hidayah yang telah dikurniakan oleh Nya,kerana itulah 
orang-orang yang rugi.Tetapi ketahuilah,syaitan itu tidak akan pernah
putus asa untuk menghasut,mengajak manusia supaya jauh dari Allah.
Itulah salah satu ujian dari Allah untuk menilai sejauh mana keimanan
dan kesungguhan hambaNya dalam menegakkan agama Islam....


 Sahabat,ingatlah.Jalan dakwah itu satu kemestian. Setiap diri yang mengaku muslim itu hendaklah menyampaikan. Menyampaikan bukanlah bermaksud memberi ceramah semata-mata seperti yang difahami oleh orang ramai.





Rasulullah saw pernah bersabda kepada Ali bin Abi Thalib ra :
“Mengajak seseorang kepada hidayah Allah itu lebih baik bagimu dari harta yang sangat kau banggakan.”

Tapi sedarlah,jalan ini bukan mudah.Tentu saja banyak dugaan dan ujian dariNya.Tatkala apa yang kamu ingin sampaikan itu tidak siapa mahu mendengar,tiada sapa mahu hiraukan. Sabarlah wahai sahabat.Ingatlah,sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama orang yang ingin membantu agamaNya.Bantuan Allah pasti hadir buatmu.Jangan kamu terlalu mengharap orang menerima apa yang kamu sampaikan,nescaya satu hari nanti kamu akan letih dan putus asa jika tiada siapa yang mahu mendengar.Tapi sebaliknya,bersabarlah dan berdoa agar Allah membuka hati-hati mereka menerima kebaikan..



Allah ada berfirman dalam Surah Muhammad (47:7):
"Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong (agama) Allah,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"

Yakinlah dengan janji Allah wahai sahabat, nescaya kamu akan berjaya mengharungi jalan perjuangan ini. Allah memberikan ganjaran yang sebesar-besarnya dan darjat yang setinggi-tingginya pada mereka yang sabar dan lulus dalam ujian kehidupan di jalan dakwah. Jika ujian dan cubaan yang diberikan Allah hanyalah yang mudah-mudah saja,tentu kita tidak akan peroleh ganjaran yang hebat. Disitulah letaknya hikmah setiap ujian. Ingatlah,jalan ini bukan untuk orang yang tidak bersungguh-sungguh dan kurang azamnya. Contohilah kesabaran dan keikhlasan Rasulullah dalam menyampaikan islam. Moga bersama memperolehi keberkatan dan keredhaan Allah,InsyaAllah......Wallahualam~