Sunday, 24 April 2011

:. Nada' al jiHad .:

video


Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita
......



 Bismillahirrahmanirrahim...
"Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong (agama) Allah,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad 47:7)


Bangkitlah dari lena wahai insan.Sedarlah!Islam memerlukan kita.Janganlah terus berpangku tangan dan melihat sahaja Islam dari jauh.Sesungguhnya Allah telah megilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan.Beruntunglah bagi mereka yang mensucikanya dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya.. Pilihan ada ditanganmu.Jadilah insan hasil dari celupan cinta Allah,bukan dari cinta yang lalai.Semaikanlah benih-benih iman dan islam dalam diri.Marilah bersatu hati dan jiwa memperjuangkan islam tercinta,dengan satu matlamat,demi memperoleh keberkatan dariNYA...InsyaAllah~

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur,mereka seakan-akan seperti suatu bagunan yang tersusun kukuh" (Surah As-Saff 61:4)











Friday, 22 April 2011

.: Salam Imtihan :.


Alhamdulliah-Lakal hamdu wasy syukru ya Rabb.
Dengan izin-Nya dapatku meneruskan coretanku yang kiranya tidaklah seberapa ini.
Kehidupanku sebagai pemburu ilmu atau selayaknya digelar sebagai seorang mahasiswa sudah lazimnya akan menempuh detik "Imtihan" iaitu peperiksaan.Malah lebih popular dengan panggilan final exam.hehe..Kini detik tersebut bakal kulalui hanya tinggal beberapa hari lagi.Tiada lain yang diharapkan bagi insan bergelar musafir ilmu sepertiku hanyalah kejayaan.

.: DOA :.
Berdo’alah kamu kepada-Ku nescaya akan Ku-perkenankan bagimu.
Sesungguhnya, orang-orang yangg enggan untuk beribadah kepada-Ku pasti akan masuk neraka dalam keadaan hina-dina”.
[Ghaafir : 60]

Dalil tersebut jelas menunjukkan perlunya berdoa jika kita mempunyai sesuatu keinginan ataupun hajat.Dan dari situlah dapat dilihat hubungan seorang hamba dengan sang Penciptanya bermula.


.: USAHA :.
Konsep berusaha dalam Islam juga sangat penting.Pepatah arab juga ada menyebut, "man jadda wajada,waman zaro'a hasada" yang bermaksud sesiapa yang berusaha kelak dia akan berjaya dan sesiapa yang menanam dia akan menuai.



Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka
. (Ar Rad : 11).

Begitu juga dengan belajar,sesiapa yang belajar bersungguh-sungguh insyAllah akan dapat hasil yang cemerlang selaras dengan usaha study yang telah kita jalankan.Berdasarkan dalil di atas, setiap individu ada potensi untuk berjaya jika mereka sendiri ada usaha untuk mengubah kehidupan mereka dan juga berusaha untuk berjaya.


.: TAWAKKAL :.
Konsep yang terakhir ialah tawakkal iaitu menyerah diri kepada keagungan dan kekuasaan Allah.Secara umumnya, sikap tawakal akan menjuruskan seorang mukmin kepada menghayati fitrah kejadiannya sebagai makhluk ciptaan Allah yang sentiasa mempunyai kelemahan dan kekurangan. Ia dapat mengelakkan kita daripada bersikap sombong dan ego dalam tindak tanduk di dalam kehidupan.Dalil tentang tawakkal ;

Kemudian apabila kamu telah membuat tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang – orang yang bertawakal kepada-Nya.
( Ali- Imran :159)

Jika kita memahami konsep tawakal kita tidak akan mudah berputus asa seandainya menemui kesukaran dalam kehidupan.Tak pun kalau result exam kita tidak sampai pada tahap yang kita target. Anggapnya ia sebagai satu proses dalam mencari keredhan Allah dan berusaha untuk meperbaiki kelemahan diri lagi.Malah, akan menerbitkan rasa syukur jika usaha yang kita lakukan itu berjaya. Sebaliknya, menerima dengan penuh sabar andainya usaha itu menemui kegagalan.

Sekian sahaja coretanku untuk kali ini.Salam Imtihan dariku buat teman-teman seperjuangku.InsyAllah agar dikurniakan kejayaan buat kita.Amin ya Rabb...

Monday, 18 April 2011

:. iFtahul kaLam .:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Lafaz bismillah sebagai pembuka bicara, kupanjatkan syukurku ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapatku mencoretkan satu lembaran yang diberi nama "Narawastu Ilmu"
Duhai Tuhanku,kepada-Mu hambaMu bersimpuh,hamba sangat bersyukur telah engkau anugerahi segala nikmat serta rasa cinta yang indah ini.Di dalam hidupku tiada yang lebih kucintai dari Allah dan Rasul.Dengan rasa cinta ini kutitipkan doa serta penghargaan kepada ayahanda serta bonda tercinta.Semoga Allah merahmati kedua ibu bapaku yang telah membesarkanku serta mendidikku dengan penuh kasih sayang.Pengorbanan kalian dalam hidupku sangatku hargai.

Titipan juga buat rakan-rakan seperjuangan.Semoga diberikan kesabaran dan juga kekuatan dalam mengharungi ranjau kehidupan duniawi.Seterusnya agar dikurniakan kejayaan di dunia jua akhirat.

Salam mahabbah kukirimkan buat sang hawa di luar sana; insan yang ditakdirkan menjadi sayap perjuanganku yang terciptanya dari rusukku, seandainya ada jodoh buatku.

Juga kepada sesiapa sahaja yang mengenali dan ingin mengenali diri ini.Jazakumullah khairal jaza'.Tiada lain yang kudambakan dari redha-Mu di dalam hidupku agar kelak bisah ku menjadi  salah  seorang daripada penghuni syurga-Mu di negeri akhirat yang kekal abadi.Amin ya Rabb...

.:wassalamu'alaikum:.