Bismillahirrahmanirrahim
Ku mulakan bicara dengan lafaz syukur kepada Allah kerana masih memilih
hati-hati ini untuk terus mendiami bumi Allah yang telah tersedia di dalamnya
pelbagai nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Dan ku panjatkan syukur
kepadaNya kerana masih memberi kesempatan kepada ku untuk terus
mencoret sesuatu, insyaAllah sebagai peringatan buatku dan juga teman-teman yang lain.
Alhamdulillah~

InsyaAllah, beberapa hari lagi minggu peperiksaan akan bermula. Atau mungkin
ada universiti yang dah mula pun. Dan seperti biasa, masa minggu-minggu
peperiksaan ni mesti kebanyakan daripada kita akan berusaha sehabis baik dan
menggunakan masa-masa terakhir ni sebaik mungkin supaya dapat cover semua
topik yang kita dah belajar kan. Setiap orang berbeza cara belajarnya. Ada orang
yang boleh study awal-awal lagi,jadi waktu-waktu sekarang ni tak serabut sangat
untuk fikir mana yang tak habis belajar lagi. Ada orang pula lebih berkesan
kalau belajar masa last minutes.Cara itu semua bergantung pada diri masing-masing dan kemampuan diri sendiri.

Tapi perlu kita ingat di sini, walau bagaimanapun usaha kita, jangan lupa
pergantungan kita pada Allah. Yang memberi semangat dan tenaga untuk kita
berusaha itu pun Allah.Yang memberi kejayaan dan kegagalan itu juga Allah.
Semuanya dengan izin Allah.Apa yang penting, jangan kita lupa konsep
USAHA, TAWAKAL, dan REDHA.Gunakan kesempatan yang ada untuk
berusaha sehabis baik dan berdoa agar Allah memberikan yang terbaik.
Doa itu juga salah satu usaha. Tapi jika berdoa sahaja tanpa diselangi dengan

usaha untuk bertindak,tidak boleh juga. Allah pasti memberikan kejayaan
untuk orang-orang yang telah berusaha. Cuma cepat,atau lambat sahaja.
Menyentuh tentang doa, mestilah semua daripada kita akan minta yang baik-baik
sahaja dari Allah kan. Mana ada manusia yang ingin keburukan untuk diri sendiri.
Sebagai contoh, kita selalu minta kejayaan,kesenangan,kekayaan, kemewahan
dan macam-macam lagi daripada Allah. Dalam doa kita tu,kita sebut sebiji-sebiji
apa yang kita nak.. "Ya Allah,bagilah aku straight A's dalam SPM.", "Ya Allah,
bagilah aku 4.0 pointer untuk exam kali ni.",dan macam-macam lagi doa yang kita
minta. Tapi satu kita lupa, minta yang terbaik dari Allah. Belum tentu dapat
keputusan yang cemerlang itu adalah yang tebaik buat kita. Belum pasti kekayaan
dan kesenangan di dunia ini adalah yang terbaik untuk kita. Barangkali itu semua
ujian daripada Allah untuk hambanya.

Apabila kita berdoa memohon yang terbaik daripada Allah selepas kita berusaha,
walaupun Allah letakkan kegagalan untuk kita masa tu,kita akan redha sebab yang
kita pohon adalah yang terbaik buat kita,bukan kejayaan. Andai kegagalan yang
terbaik buat kita masa tu,kita akan terima. Dan harus yakin dengan Allah.Setiap apa
yang Allah tentukan adalah yang paling baik untuk hamba-hambanya. Allah tidak
akan pernah menzalimi hambaNya, tapi hambaNya lah yang menzalimi diri sendiri.

"Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi manusia sedikit pun,tetapi
manusia itulah yang menzalimi dirinya sendiri
(10 : 44)
Kemudian,setelah segala usaha yang kita lakukan,kita harus bertawakal kepadaNya.
Serahkan segala-galanya kepada Allah. Dia tahu apa yang kita tidak tahu. Dia tahu
mana satu yang terbaik untuk diri kita.
"Jika Allah menolong kamu,maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu,
tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan),
maka siapa yang dapat menolongmu setalah itu? Karena itu,
hendaklah kepada Allah saja orang mukmin bertawakal"
(3 : 160)
Orang yang betul-betul mengamalkan tawakal ini akan meletakkan sepenuh
keyakinan terhadap Allah. Bahawa pada Allah lah sepenuh pergantungannya di
letakkan, Allah lah sebaik-baik Penilai usaha-usahanya dan Allah lah sebaik-baik
Pemberi Ganjaran bagi setiap usahanya. Dan orang yang bertawakal kepada
Allah akan redha dengan segala yang Allah berikan untuknya, sama ada kejayaan
mahupun kegagalan.

Paling penting di sini adalah jangan lupa dengan Dia. Dalam kesibukan kita
mengulangkaji pelajaran,jangan kita lupa tanggungjawab kita terhadap Allah dan
agama.Sentiasa refresh niat kita belajar kerana apa,untuk apa.Dan pastikan kita
sentiasa letak pergantungan kita hanya pada Allah,kerana Penilai usaha-usaha kita
hanyalah Dia..

Akhir kalam~
Semoga berjaya buat sahabat-sahabat seperjuangan yang akan menghadapi
peperiksaan.Semoga dapat lakukan yang terbaik. Andai kejayaan yang bakal kalian
perolehi, kuucapkan tahniah, tapi andai kegagalan itu yang menjadi hasilnya, jangan
kalian bersedih ataupun kecewa,kerana itu yang terbaik dari Allah. Kejayaan itu
adalah untuk disyukuri dan dipertingkatkan lagi,kegagalan juga adalah untuk
syukuri dan diperbaiki lagi. Gagal sekali tidak bermakna gagal buat selamanya.

Salam imitihan dari ku~ Bittaufiq wannajah fi imtihan~
1 comments:
ada plak masa update blog nk exam2 ni...haha
Post a Comment