Monday 17 October 2011

~Biarlah Cinta Suci~


...Cinta...
terlalu sinonim dengan kehidupan manusia
tanpa sedar,rupanya kita ini tidak boleh hidup tanpa cinta
cinta pada Penciptanya
cinta pada keluarga
cinta pada sahabat
cinta pada kekasih
cinta kepada haiwan
dan cinta kepada kehidupan dunia...

 Allah..tapi hakikatnya,hati manusia tidak mampu memegang dua cinta dalam satu masa
jika cinta kepada dunia itu dilebihkan,pasti cinta kepada Allah tertinggal..

terkadang cinta itu juga membawa bencana
kerana cinta,agama tergadai
kerana cinta,anak derhaka kepada ibu bapa
kerana cinta,sahabat baik menjadi musuh
kerana cinta,ramai bayi dibunuh sesuka hati
hmmm..hebatnya cinta
mampu menjadi madu mahupun racun kehidupan manusia

namun siapa kita untuk mengelak cinta ???
pasti,dan pasti kita akan diuji dengan cinta
saat itu Allah ingin melihat,cinta mana yang mejadi keutamaan hambanya
cinta kepada ciptaanNYA,atau cinta kepadaNYA..

bagi mereka yang pernah merasakan cinta,pasti mengerti bagaimana rasanya
rasa disayangi,rasa menyayangi
rasa dicintai dan rasa mencintai
hmmm...indah..tapi keindahan yang sementara~
keindahan yang tidak menjamin apa-apa diakhir sana 
andai keindahan cinta itu tanpa sulaman redha dan berkat dariNYA..

cinta itu ialah kecenderungan kepada sesuatu
rasa minat,kagum,rindu,teringat,suka,cinta dan sayang kepada seseorang
ialah fitrah setiap insan
perasaan indah ini pasti akan mengusap hati setiap manusia
tiada yang akan terkecuali
namun fitrah ini akan tetap menjadi fitrah 
apabila ia berhias istighfar dan mujahadah..

Allah..Ya Allah..
aku memohon kepadaMU untuk mencintaiMU
mencintai sesiapa sahaja yang mencintaiMU
serta mencintai perbuatan yang menghantar aku untuk mencintaiMU
Ya Allah..
andai aku jatuh cinta,labuhkan cintaku pada orang yang juga mencintaiMU
agar bila aku bersamanya,akan bertambah rasa cintaku padaMU
Ya Allah..andai Kau hadirkan cinta insan dalam diri ku,
peganglah cinta itu dengan cintaMU
andai cinta itu belum halal untuk ku nikmati,
simpanlah ia dalam-dalam dilubuk hati ku
Ya Allah..andai ada tersimpan rindu buat dia dalam hati ku,
peganglah rindu itu dengan rindu kepadaMU
andai belum masa untuk ku meluahkannya,
biarkanlah ia terus terbuku dalam hatiku..

Ya Allah..siapa pun yang Kau tetapkan jodoh buat ku
aku redha,asalkan agama menjadi prinsip hidupnya
siapa pun dia Ya Allah,
peliharalah dirinya dari tipu daya cinta dunia
begitu juga aku Ya Allah
peliharalah kami..satukan cinta kami dengan redhaMU Ya Allah..
Hanya redhaMU Ya Allah...
~aminn~











0 comments:

Post a Comment