Friday 22 April 2011

.: Salam Imtihan :.


Alhamdulliah-Lakal hamdu wasy syukru ya Rabb.
Dengan izin-Nya dapatku meneruskan coretanku yang kiranya tidaklah seberapa ini.
Kehidupanku sebagai pemburu ilmu atau selayaknya digelar sebagai seorang mahasiswa sudah lazimnya akan menempuh detik "Imtihan" iaitu peperiksaan.Malah lebih popular dengan panggilan final exam.hehe..Kini detik tersebut bakal kulalui hanya tinggal beberapa hari lagi.Tiada lain yang diharapkan bagi insan bergelar musafir ilmu sepertiku hanyalah kejayaan.

.: DOA :.
Berdo’alah kamu kepada-Ku nescaya akan Ku-perkenankan bagimu.
Sesungguhnya, orang-orang yangg enggan untuk beribadah kepada-Ku pasti akan masuk neraka dalam keadaan hina-dina”.
[Ghaafir : 60]

Dalil tersebut jelas menunjukkan perlunya berdoa jika kita mempunyai sesuatu keinginan ataupun hajat.Dan dari situlah dapat dilihat hubungan seorang hamba dengan sang Penciptanya bermula.


.: USAHA :.
Konsep berusaha dalam Islam juga sangat penting.Pepatah arab juga ada menyebut, "man jadda wajada,waman zaro'a hasada" yang bermaksud sesiapa yang berusaha kelak dia akan berjaya dan sesiapa yang menanam dia akan menuai.



Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka
. (Ar Rad : 11).

Begitu juga dengan belajar,sesiapa yang belajar bersungguh-sungguh insyAllah akan dapat hasil yang cemerlang selaras dengan usaha study yang telah kita jalankan.Berdasarkan dalil di atas, setiap individu ada potensi untuk berjaya jika mereka sendiri ada usaha untuk mengubah kehidupan mereka dan juga berusaha untuk berjaya.


.: TAWAKKAL :.
Konsep yang terakhir ialah tawakkal iaitu menyerah diri kepada keagungan dan kekuasaan Allah.Secara umumnya, sikap tawakal akan menjuruskan seorang mukmin kepada menghayati fitrah kejadiannya sebagai makhluk ciptaan Allah yang sentiasa mempunyai kelemahan dan kekurangan. Ia dapat mengelakkan kita daripada bersikap sombong dan ego dalam tindak tanduk di dalam kehidupan.Dalil tentang tawakkal ;

Kemudian apabila kamu telah membuat tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang – orang yang bertawakal kepada-Nya.
( Ali- Imran :159)

Jika kita memahami konsep tawakal kita tidak akan mudah berputus asa seandainya menemui kesukaran dalam kehidupan.Tak pun kalau result exam kita tidak sampai pada tahap yang kita target. Anggapnya ia sebagai satu proses dalam mencari keredhan Allah dan berusaha untuk meperbaiki kelemahan diri lagi.Malah, akan menerbitkan rasa syukur jika usaha yang kita lakukan itu berjaya. Sebaliknya, menerima dengan penuh sabar andainya usaha itu menemui kegagalan.

Sekian sahaja coretanku untuk kali ini.Salam Imtihan dariku buat teman-teman seperjuangku.InsyAllah agar dikurniakan kejayaan buat kita.Amin ya Rabb...

0 comments:

Post a Comment