Thursday 4 August 2011

.: hAraPan RamAdHan :.



Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah
Ku panjatkan syukur kepada Allah kerana masih memberikan ku sebuah kehidupan sebagai hambaNya yang dikurniakan dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM. Walaupun ku tahu,nilai syukur ku ini tidaklah seberapa jika dibanding dengan selautan nikmatMu yang Kau berikan padaku.. Terima kasih Ya Allah~

Ku kirakan masih belum terlambat untuk ku ucapkan selamat bertemu kembali kepada Ramadhan. Bulan yang mulia,penuh dengan rahmat,maghfirat dan keberkatan, yang telah dijanjikan pelbagai kelebihan bagi mereka yang benar-benar mengabdikan diri kepadaNya. Dan masih belum terlambat juga untuk kita memperbetulkan niat,mengapa dan untuk apa kita bepuasa..

"Daripada Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, "Allah berfirman : Setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang memberi ganjarannya.""
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

"Wahai orang-orang yang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa "
(al-Baqarah 2:183)


Mengapa hadiah Ramadhan adalah takwa?
Kerana takwa adalah kunci ketaatan kepada Allah SWT. Takwa itu ibarat kita berjalan di satu tempat penuh duri. Pasti akan kita berhati-hati agar pakaian kita tidak tercarik pada duri dan terpijak dengan mana-mana duri tersebut. Itulah takwa. Takwa adalah rasa berhati-hati dan takut untuk ingkar pada apa saja larangan Allah SWT. Duri-duri itu ibarat larangan Allah. Takwa ibarat perbuatan berhati-hati kerana takut terpijak dan tercarik duri. Oleh sebab itu,bulan Ramadhan ini ibarat bulan untuk manusia mengisi semula ketakwaan. Hanya dengan ketakwaan.manusia boleh menjalani kehidupan dengan baik. Menjalankan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang..

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..
Agar dapat ku lalui dengan sempurna...
Ku mengharapkan pada Ramadhan kali ini,aku diberi kekuatan untuk mengabdikan diri kepadaNya..
Ku mengharapkan pada Ramadhan kali ini,segala dosa ku di ampunkan..
Agar bila berakhirnya Ramadhan nanti,aku bisa kembali kepada fitrah seorang insan..
Yang bersih dari segala dosa noda..
Ku mengharapkan pada Ramadhan kali ini,ketakwaan ku pada Allah bertambah..
Agar di akhir Ramadhan nanti ku beroleh kejayaan..
Bukan kerana berjaya menghabiskan puasa selama sebulan sahaja,
Tapi berjaya memantapkan keimanan kepada Allah...
Dan ku harapkan segala amalan yang ku lakukan pada Ramadhan kali ini,mampu
aku teruskan pada bulan-bulan berikutnya..
agar ketakwaan yang ku perolehi tidak terhenti hanya di Ramadhan~
Ya Allah,perkenankanlah harapan hambaMu ini~aminn..